Panduan Menulis Laporan Latihan Industri

(Laporan hendaklah diserahkan kepada pihak PUO sebulan selepas mendaftar)--> semoga berjaya

Politeknik Ungku Omar, Jalan Dairy,31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Objektif Latihan Industri

  • Merupakan satu syarat yang diwajibkan kepada semua pelajar politeknik untuk mendapatkan sijil atau diploma.
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja.
  • Mengaitkan teori kepada praktis atau sebaliknya.
  • Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri.
  • Membina keyakinan diri.
  • Memupuk semangat amanah dan bertanggungjawab.
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

Panduan ini terbahagi kepada tiga bab iaitu:

BAB I: Susunan dan kandungan laporan industri

Bab II: Panduan Menyedia dan Menjilid Laporan

BAB III : Format Rujukan Bibliografi

Lampiran

 

BAB 1 : Susunan dan kandungan laporan industri

Laporan mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut turutan seperti jadual 1.1

Jadual 1.1 : Susunan dan turutan kandungan laporan

PERKARA
STATUS
CACATAN
Kertas Kosong
-
-
wajib
tidak bernombor tetapi dikira sebagai (i)
wajib
bernombor roman kecil
pilihan
bernombor roman kecil
pilihan
bernombor roman kecil
wajib
bernombor roman kecil
wajib
bernombor roman kecil
wajib
bernombor roman kecil
wajib
bernombor roman kecil
Senarai Simbol, Singkatan, Tatanama, Istilah
wajib
bernombor roman kecil
wajib (jika berlampiran)
bernombor roman kecil
wajib
bernombor rumi dimulakan dengan mukasurat 1
jika ada
bernombor rumi bersambung dengan teks
pilihan
bernombor rumi bersambung dengan teks

1.2 : Halaman Judul/Tajuk

Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut turutan berikut:

Nama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar

Judul lengkap iaitu Laporan Industri dan Sesi Latihan

Nama Pelajar, No. Pendaftaran dan Kursus Penuh.

Nama dan Alamat Lengkap Syarikat pelajar menjalani latihan industri

1.3 Halaman Pengakuan

Halaman ini mengandungi pengakuan tentang keaslian laporan. Ia hendaklah ditandatangani oleh setiap pelajar yang berkenaan. Pengakuan hendaklah ditulis seperti lampiran B.

1.4 Halaman Dedikasi (pilihan)

Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih dari satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.

1.5 Halaman Penghargaan (pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu mukasurat sahaja. Penghargaan dirakam kepada orang perseorangan atau syarikat/pertubuhan yang telah memberi sebarang bantuan semasa pelajar menjalani latihan industri dan penyedian laporan industri.

1.6 Abstrak

Abstrak mestilah ringkas dan tidak melebihi 300 patah perkataan serta hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia hendaklah menyatakan bidang kerja/projek yang diceburi, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelesaian masalah dan keputusan yang diperolehi. Contoh Abstrak seperti Lampiran C.

1.7 Jadual Kandungan

Jadual kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam laporan, iaitu Bab (1,2,3,......) dan pecahan-pecahan utama daripada bab-bab berkenaan. Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah ditulis dengan menggunakan perkatan yang sama seperti yang terdapat dalam laporan.

1.8 Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam laporan. Nombor mukasurat tempat jadual diletakkan hendaklah dicatatkan dalam senarai ini.

1.9 Senarai Rajah

Ini adalah senarai gambar, lukisan, graf dan carta yang terkandung di dalam isi kandungan laporan. Senarai seperti jadual, nombor mukasurat semua bahan ilustrasi hendaklah dicatatkan dalam senarai ini.

1.10 Senarai Lampiran

Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut :-

a) Sesuatu penulisan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan dalam contoh jadual, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan kedalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks.

b) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B, dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.

1.11 Teks

    1.111 Panduan Umum

Teks dalam laporan hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan judul kecil bab mestilah dinomborkan.

Dalam teks, seberapa boleh elakkan menulis perenggan yang panjang dan setiap perenggan hendaklah mempunyai kesinambungan dengan perenggan yang lain.

Teks antara lain hendaklah mengandungi:

  1. Pengenalan dan latar belakang firma/tempat latihan industri. Contohnya : Sejarah firma, jenis keluaran/ perkhidmatan dan sebagainya.
  2. Organisasi firma/tempat latihan industri iaitu berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, carta organisasi dan lain-lain yang berkenaan.
  3. Penerangan terperinci tentang tugas kerja harian atau penyempurnaan tugasan yang diberikan termasuk teori ataupun praktikal dan kaedah pelaksanaan yang digunakan.
  4. Penganalisaan kerja yang dibuat dan ulasan keputusan yang diperolehi.
  5. Rumusan atau kesimpulan, dan implikasi hasil kerja. (Rumusan keseluruhan latihan dan pengalaman yang diperolehi serta cadangan-cadangan yang membina).
       1.112 Jadual

Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan ( spt: Jadual1, Jadual 2 dsb). Setiap jadual diberi tajuk dan diletak di atasnya. Nombor jadual boleh dikait dengan bab ( contohnya Jadual 4.3 bagi jadual Bab 4 jadual ke 3). Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja ia dirujuk buat kali pertamanya dalam teks, jika tidak jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman senarai jadual.

1.12 Rujukan

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan laporan. Penulis diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan selepas teks. Format rujukan.

1.13 Lampiran

Lampiran membenarkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta dan lain-lain. Lampiran juga dibolehkan dalam Bahasa Inggeris.

Bab 2 : Panduan Menyedia dan Menjilid Laporan

2.1 Kertas dan saiz

Gunakan kertas semili berwarna putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) yang bermutu tinggi dan berat 80 gram.

2.2 Jidar (margin)

Pada amnya jidar adalah sama bagi tiap-tiap muka surat, iaitu 40 mm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 25 mm di sebelah atas, kanan dan bawah mukasurat.

2.3 Pernomboran Muka Surat

Nombor muka surat mengikut urutan seperti ditetapkan dalam jadual 1.1. Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 12.5 mm dari tepi dan 25 mm dari kiri sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan.

Pernoboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut :

  1. Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman judul, hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka (1,2,3 dsb).
  2. Halaman pertama laporan ialah halaman judul, dianggap sebagai muka surat ' i ' tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor muka suratnya tetapi diambil kira bagi menomborkan muka surat berikutnya.

2.4 Pernomboran Bab dan Bahagian Dalam Bab

Bab dan bahagian dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan huruf angka besar Roman iaitu ; BAB I, BAB II, BAB III dsb. dan bahagian dalam bab menggunakan angka ( cth : 1,2,3 dll). Struktur pernomboran bahagian dalam bab boleh disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat lapisan seperti berikut:
BAB II - Tahap Pertama ( Judul Bab ) :
        2.1 Tahap Kedua (sub-judul) :
            2.1.1 Tahap Ketiga (sub-sub judul)
                   2.1.1.1 Tahap ke empat (sub-sub-sub judul)

2.5 Penaipan

Taip dengan huruf "Times New Roman" (tidak dibenarkan huruf yang berbunga-bunga) dan jarak langkau dua (2) baris. Taip pada sebelah mukasurat sahaja. Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis huruf yang tetap dan standard sahaja pada keseluruhan laporan (kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing).

Setiap bab hendaklah dimulakan di atas muka surat baru. Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul hendaklah ditaip dengan huruf "boldface" dan tidak perlu digariskan. Judul bab diletak di tengah-tengah (center) antara jidar kiri dan jidar kanan.

Saiz huruf yang digunakan dalam teks hendaklah saiz 12 (Times New Roman).

2.6 Jarak dan Format

Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks.

  1. jarak antara nombor bab dengan judul bab, dan antara judul bab dengn baris pertama teks ialah empat (4) baris;
  2. jarak antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah empat (4) baris;
  3. jarak antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah dua (2) baris;
  4. jarak antara perenggan ialah dua (2) baris;
  5. mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri;
  6. mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 25 mm (1 inci) dari jidar kiri;
  7. jarak antara perkataan dalam baris hendaklah sama, oleh itu format "justified" tidak dibenarkan.

2.7 Had Maksimum

Had panjang laporan industri adalah di antara 50 mukasurat hingga maksimum 100 mukasurat. (Tidak termasuk Lampiran).

2.8 Penjilidan

a) Warna Kulit

Laporan yang hendak diserahkan ke Jabatan Politeknik Ungku Omar hendakalh yang telah dijilid penuh dengan kulit keras jenis "buckram (hardcover)" dan bertulisan emas.

Warna kulit (kod warna) laporan telah ditetapkan seperti berikut:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Hitam
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan
Kelabu
Jabatan Kejuruteraan Awam
Hijau Tua
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Merah Tua
Jabatan Kejuruteraan Matematik, Sains & Komputer
Jingga (Violet)
Jabatan Perdagangan
Biru Tua

b) Kulit Depan

Sebagai contoh:-

Hendaklah ditulis Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar, tajuk laporan, nama dan nombor pendaftaran pelajar, kursus penuh serta alamat lengkap syarikat serta dicetak dengan huruf besar di kulit depan laporan seperti di Lampiran A.

c) Pada tulang belakang

Pada tulang belakang laporan, tuliskan huruf cerai nama pelajar; kursus; sesi/tahun laporan ditulis dan PUO. Lihat Contoh di Lampiran D.

BAB III : Format Rujukan Bibliografi

3.1 Am

Susunan Rujukan Bibliografi dalam senarai abjad. Bagi pengarang yang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnya penerbitan 1964 oleh Prof Harris didahului sebelum penerbitannya pada 1967.

3.2 Format Rujukan

Rujukan hendaklah dicatatkan mengikut contoh format berikut:

  1. Nahariah Ahmad Fauzi. 30-45 (1998). Mengusahakan Perniagaan Kosmetik . Kuala Lumpur, Percetakan Nasional.
  2. Nurainun Yeop Kamaruddin. 20-24 (1997). Teknik Menguruskan Badan Berkesan . Kuala Kangsar. Ipoh Printing.
  3. Malaysian Psychological Association (1986), Publication of the Press, (3rd Ed). Ehmad Abrar Sariman, Teluk Panglima Garang, Malaysia.

* Rujukan : Nama Penulis. Muka surat dan tahun penerbitan. Tajuk artikel. Penerbit.

 

Lampiran

Contoh Kulit Depan

Contoh Halaman Pengakuan

Contoh Abstrak

Contoh Catatan pada tulang belakang laporan

Lampiran A : Contoh Kulit Depan

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
POLITEKNK UNGKU OMAR
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN



LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI JANUARI 2001



MOHAMAD ZAMRI BIN RUSLAN
809 DEM 99
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(ELEKTROMEKANIKAL)




CHIPPAC (M) SDN. BHD.
ULU KELANG FTZ
KUALA LUMPUR

 


Lampiran B : Contoh Halaman Pengakuan

" Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

 

 

Tandatangan :

Nama:

No. Pendaftaran:

Kursus:

 


Lampiran C : Contoh Abstrak

Abstrak

Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu telah menarik minat para penyelidik dan petani terutamanya dengan lebih banyak kawasan yang keringh dibuka untuk pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air. Namun, cuma sedikit ciri-ciri aliran yang diketahui dari beberapa kajian yang dilakukan. Kajian laporan ini tertumpu kepada penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas disepanjang garisan pengairan. Kaedah berangka digunakan dalam menganalisa alirannya. Pekali keseragaman merupakan parameter utama dalam mengawal keberkesanan penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman nyahcas yang disebabkan oleh perubahan tekanan sepanjang garis aliran. Penggunaan pemancar jenis orifis bukan sahaja menjadi kaedah pengairan ini lebih berekonomi tetapi juga telah memudahkan proses penggunaannya. Rajah rekabentuk disediakan bagi mendapatkan aliran yang diperlukan untuk setiap tanaman yang berlainan.

Peringatan kepada pelajar : Bahagian Abstrak/Abstract hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Lampiran D : Contoh Catatan pada tulang belakang laporan

 

 

 

Rujukan : Panduan Menulis Laporan Latihan Industri, Unit Latihan Industri PUO.

Links :

Politeknik Ungku Omar

DEM99 unofficial site